(Komuniti) Program Pengagihan Bubur Lambuk di Kampung Semop Tahun 2020

21 Mei 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2020 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bagi menjayakan sekali Program Pengagihan Bubur Lambuk di Kampung Semop. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang aktiviti memasak bubur lambuk dan dari jam 4.00 – 5.20 petang mengagih bubur lambuk kepada komuniti setempat yang bertempat di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama Komuniti Kpg Semop.

Oleh itu, selain dapat menerapakan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, program ini juga amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dengan tuhan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis malam tersebut adalah: Terima kasih kepada AJK Masjid Darul Al-Amin kerana sudi menjemput Staff Pusat Internert Semop untuk turut terlibat dengan aktiviti ini. Moga semua yang hadir mendapat barakah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali